Pelaburan KWSP di AS satu strategi global | Nasional

wananwar@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan melakukan kajian menyeluruh dan pengurusan risiko sebelum membuat keputusan untuk melabur di luar negara termasuk pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Amerika Syarikat (AS).

Perdana Menteri berkata, keputusan untuk meneruskan pelaburan itu juga bukan ditentukan beliau yang juga Menteri Kewangan atau ahli politik, sebaliknya dilakukan golongan pakar dan profesional.

“Keputusan itu (melabur) dibuat bukan daripada saya, bukan dari ahli politik tetapi oleh komuniti pelabur profesional.

“Pelaburan dipilih mengikut kriteria iaitu (dapat memberi) pulangan terbaik dan risiko terendah,” katanya pada program ‘Jom Bersama Perdana Menteri dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)’ di Menara TM Bangsar, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar; Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif TM, Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

Najib berkata, pelaburan di luar negara termasuk di AS, termasuk apa dilakukan Khazanah dengan syarikat AliBaba dan pertemuan beliau dengan Presiden China, Xi Jinping sebelum ini adalah satu strategi global.

“Apabila kita melabur di AS, kita mendapat pulangan 11.3 peratus, manakala melabur di Malaysia hanya meraih tujuh peratus. Jadi siapa yang untung, bukankah negara dan rakyat Malaysia? Bukankah pencarum KWSP iaitu pekerja yang untung kerana mendapat faedah dividen lebih tinggi selepas ini.

“Kerajaan perlu menggunakan strategi global dan pelaburan di AS ini bukanlah perkara baharu tetapi sudah dimulakan sejak 2008 dan ia akan terus bertambah lagi pada masa depan,” katanya.

READ ALSO  Dua jenazah pelajar tahfiz dibawa keluar dari IPFN


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.