PAS dakwa MBPJ terima permohonan pesta arak

Khairuddin Aman Razali mendakwa MBPJ mengesahkan penganjur Festival “Better Beer” 2017 memohon untuk mengadakan pesta arak di Bandar Utama.

pas-beer-mbpj

PETALING JAYA: PAS hari ini mendakwa penganjur Festival “Better Beer” 2017 memohon untuk mengadakan pesta arak di Bandar Utama, Selangor Oktober ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Khairuddin Aman Razali mendakwa perkara itu disahkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Kita dimaklumkan permohonan itu belum lengkap dari segi prosedur…antara prosedur yang diperlukan melibatkan kelulusan pihak polis dan kastam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di MBPJ.

“Yang di Selangor mereka hendak adakan di One Utama pada Oktober nanti dibuat selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permohonan,” tambahnya.

Beliau bersama Ketua Ulama PAS Selangor Rizuah Rahmat, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Hurmaizi Halim dan Ketua Wanita PAS Selangor Wan Hasrina Wan Hassan mengadakan pertemuan 30 minit dengan MPBJ hari ini bagi menyatakan bantahan rasmi parti Islam itu penganjuran pesta arak dalam wilayah MPBJ.

Khairuddin menegaskan bantahan PAS tidak mencabar hak bukan Islam mengambil arak tetapi mempertikaikan keperluangan berpesta arak.

“Ia melibatkan masyarakat dan apa jaminan mereka yang terlibat dengan pesta ini tidak keluar dari selesai pesta dengan keadaan tidak mabuk dan tidak mengancam keselamatan masyarakat awam?” katanya.

Beliau berkata PAS berharap kejayaan mereka menekan kerajaan Wilayah Persekutuan menolak permohonan penganjuran pesta arak juga berlaku di Selangor.

“Kita ambil pandangan ketua polis negara yang menyatakan bahawa mereka tak akan benarkan. Itu pandangan yang baik menggambarkan beliau prihatin dengan kehendak masyarakat. Jadi kita mengalu-alukan kenyataan daripada kastam kerana ini melibatkan permit kastam.”

FMT cuba mendapat pengesahan daripada MBPJ.

READ ALSO  Nyawa anak tiga tahun melayang depan mata digilis lori ikan

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.