PAN tak perlu nilai saya – Abdul Hadi

KUALA TERENGGANU 29 Sept. – Pas tidak memerlukan pandangan PAN untuk menilai soal penganjuran Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini yang menyasarkan kehadiran 200,000 penyokong.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya ahli Pas yang layak untuk berbuat demikian berhubung gesannya agar mereka hadir ke perhimpunan terbasar itu.

“Terpulang kepada ahli Pas menilai saya, saya tidak perlu orang lain menilai saya.

“Ahli Pas terdiri daripada kalangan pelbagai pihak bukan sahaja orang kampung termasuk kalangan profesional, ulama, pensyarah dan bukan Islam.

“Adakah mereka semua ini ditipu? Adakah 200,000 yang hadir ini kena tipu semua? Terpulang kepada mereka menilai sendiri,” katanya kepada pemberita dalam majlis makan malam Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sempena Himpunan Fastaqim 2.0 di Kelab Golf Kuala Terengganu di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.

Abdul Hadi berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin PAN, Hanipa Maidin yang menyifatkan beliau sebagai mengarut kerana menggesa seluruh ahli Pas hadir ke Himpunan Fastaqim 2.0. itu.

Hanipa mempersoalkan apa kaitan antara program itu dengan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam.Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, tindakan Pakatan Harapan memutuskan hubungan dengan Pas tidak sedikit pun merugikan parti itu sebaliknya menyebabkan musuh yang terpelanting.

Katanya, Pakatan Harapan sepatutnya menilai kemampuan PAS yang mempunyai 7,000 cawangan di 195 kawasan di seluruh negara dan sentiasa berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti lain.

Sementara itu, ketika mengulas hasrat DAP untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada PRU-14, beliau berkata, sebagai sebuah negara demokrasi sesiapa boleh bertanding.

READ ALSO  Dua lelaki diburu curi Vellfire pengusaha salon di parkir kenderaan

“Ini negara demokrasi, boleh bertanding di mana sahaja dia nak letak calon asalkan ada kawasan Parlimen. Asalkan bukan Pulau Kapas, Pulau Bidong,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.