Palestin berjaya anggotai Interpol

BEIJING 27 Sept. – Interpol hari ini mengesahkan keanggotaan pihak berkuasa Palestin dalam pertubuhan polis antarabangsa itu, kejayaan terbaharu Palestin walaupun mendapat tentangan hebat dari Israel.

Israel pada tahun lalu berjaya menggagalkan penyertaan Palestin dalam pertubuhan tersebut selepas melobi kuat menentang pencalonan pihak berkuasa berkenaan.

Penyertaan Palestin dalam Interpol merupakan salah satu usahanya untuk memperoleh negara yang merdeka.

Selain Palestin, Interpol yang mengadakan persidangan agungnya di sini turut mengesahkan keanggotaan Solomon Island dalam pertubuhan yang dianggotai oleh 192 negara itu. – AFP

habis

READ ALSO  Chong Wei belum temui sentuhan


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.