Palauh punya angkara | Harian Metro

KIRA-kira 100 rangka penyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan di Pulau Bum-Bum, Semporna, hari ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata, penemuan itu menunjukkan aktiviti pemburuan haram haiwan itu berlaku sejak dulu lagi.

“Satu siasatan dijalankan pagi ini mengenai lapan bangkai penyu yang dilaporkan sebelum ini dengan bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Taman-Taman Sabah (TTS), Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Persatuan Wanita Pulau Omadal.

“Bagaimanapun, hanya satu bangkai yang ditemui terapung di laut bagi mengesahkan bahawa laporan itu benar dan bangkai selebihnya tidak lagi berada di kawasan itu kerana sudah hanyut,” katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Augustine berkata, hasil siasatan lanjut di beberapa kampung sekitar pulau itu menunjukkan bahawa aktiviti pemburuan haram penyu berlaku.

“Kira-kira 100 rangka penyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampolan.

“Maklumat yang dikumpul setakat ini mengesyaki bahawa pemburuan haram itu dilakukan oleh Palauh (suku nomad yang tinggal dalam bot) yang datang di kawasan itu.

“Mereka tidak menetap secara tetap di kawasan itu tetapi sentiasa bergerak dengan menggunakan bot,” katanya.

Bagaimanapun, Augustine berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa suspek dan siasatan diteruskan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan gambar bangkai penyu terdampar di pantai Pulau Bum-Bum tular sejak semalam di laman sosial.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Augustine berkata, bangkai seekor gajah pgymy yang ditemui terapung di Sungai Kinabatangan, Kinabatangan, kira-kira 11 pagi Isnin lalu adalah gajah jantan berusia antara 15 hingga 20 tahun.

“Bangkai gajah itu dibedah siasat oleh pegawai veterinar JHL Sabah dan dipercayai mati atau dibunuh tiga hari lebih awal.

READ ALSO  Cubaan bakar pusat khidmat DAP Penampang gagal

“Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua gading gajah itu hilang dan terdapat kesan dipotong,” katanya.

Bagaimanapun, Augustine berkata, hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kesan tembakan senjata di badan haiwan itu.

“Walaupun tiada bukti yang dikumpulkan setakat ini tetapi mungkin juga ia ditangkap menggunakan perangkap dan akhirnya menyebabkan ia mati akibat keletihan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, siasatan kini fokus untuk mencari kawasan gajah itu mati atau dibunuh sebelum dibuang di Sungai Kinabatangan.

Berita berkaitan

• ”Kenapa perkara sebegini boleh berlaku?”

• ‘This is bad for all’, kata pemilik foto



Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.