Pahang sah naib juara Liga Super, kedudukan T-Team pula terancam








TERKINI

Pahang sah naib juara Liga Super, kedudukan T-Team pula terancamPahang sah naib juara Liga Super, kedudukan T-Team pula terancam

27/09/2017 11:25pm

Oleh KAMARIAH KHALIDI


Ketua pasukan T-Team, Mohamad Hasbullah (kanan) mengeluarkan bola dari kawasan bahaya sambil dicabar oleh pemain Pahang, Matheus Alves Leandro (kiri) pada perlawanan Liga Super 2017 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini hari ini

KUALA TERENGGANU – Kedudukan pasukan berstatus kelab, T-Team dalam Liga Super berada dalam keadaan bahaya selepas tumbang 0-1 terhadap Pahang di di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Kekalahan itu menyebabkan skuad The Titans kekal dengan 22 mata sekali gus hanya tiga mata di hadapan Kelantan yang berada di zon penyingkiran sewaktu aksi Liga Super cuma berbaki satu perlawanan.

Sementara itu, kemenangan tersebut membolehkan Pahang mengesahkan kedudukan sebagai naib juara Liga Super musim ini dengan 37 mata tanpa mampu dikejar dari pasukan pencabar lain seperti Kedah, Felda United dan Perak.

Skuad Tok Gajah meraih tiga mata berharga itu menerusi rembatan pemain tengah, Matheus Alves Leandro yang menerjah gawang tuan rumah pada minit ke-78.

Terdahulu, tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-56 namun tendangan pemain sayapnya, Mohd. Nor Hakim Hassan tersasar dari gawang musuh. –







READ ALSO  Ranking Harimau Malaya merosot ke-170 dunia | Bola

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.