Padang Terap banjir, sebuah pusat pemindahan dibuka

ALOR SETAR 30 Sept. – Jalan di Kampung Jelutong dan Kuala Tekai yang menghubungkan pekan Naka, Kuala Nerang di Padang dinaiki air antara satu hingga dua meter ekoran hujan lebat berterusan semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Padang Terap, Leftenan Muda (PA) Roshidi Kassim berkata, hujan lebat yang berterusan hampir 12 jam itu menyebabkan paras air sungai Kuala Nerang dan Pedu meningkat dan melimpah ke kampung berhampiran.

“Keadaan itu menyebabkan semua kenderaan tidak boleh melalui jalan di kampung berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, setakat ini satu pusat pemindahan dibuka membabit penduduk di Kampung Kubang Juluk.

“Sebuah keluarga ditempatkan di pusat tersebut sehingga 12.30 tengah hari tadi,” katanya.

Sementara itu, laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran melaporkan paras air Sungai Pendang di Kubur Panjang berada pada paras 6.32 meter iaitu melebihi paras bahaya 6.30 meter.

Sungai pekan Pendang pula berada pada paras 2.69 meter melebihi paras amaran iaitu 2.5 meter. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  DAP setuju semua syarat ROS | Politik


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.