Oracle sasar tarik PKS guna penyelesaian teknologi awan

Kuala Lumpur: Oracle Corp Malaysia Sdn Bhd (Oracle), menyasarkan untuk menarik perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berskala sederhana hingga besar untuk menggunakan penyelesaian teknologi awan.

Pengarah Urusannya Fitri Abdullah berkata, menerusi pelancaran Hab Digital syarikat itu, satu pasukan baru akan memberi tumpuan kepada usaha membantu melancarkan peralihan syarikat bersaiz sederhana kepada teknologi berkenaan.

“Ini akan turut membantu PKS memanfaatkan penyelesaian awan Oracle Cloud bagi meningkatkan aspek operasi, inovasi serta mewujudkan satu platform bagi pertumbuhan.

“PKS Malaysia juga dapat menjadi lebih kompetitif sejajar usaha memperkukuhkan lagi kehadiran mereka dalam ekonomi digital dengan menggunakan teknologi awan dan digital berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersama melancarkan Hab Digital Oracle dengan Naib Presiden Kanan Oracle bagi kawasan Jepun dan Asia Pasifik Francois Lancon serta Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Datuk Zainal Amanshah.

Hab Digital itu melengkapi fungsi sokongan dan jualan digital Oracle wilayah Asia-Pasifik yang berpejabat dan menyediakan khidmat kepada pasaran tempatan dan 21 negara di seluruh dunia.

Sementara itu, Lancon berkata, kumpulan itu secara kolektifnya mencatat pertumbuhan sebanyak 51 peratus bagi segmen perniagaan awan untuk tahun kewangan berakhir pada Mei 2017.

READ ALSO  PRU-14: MIC bertegas mahu kekal bertanding kerusi tradisi | Politik


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.