OKT lolos dari mahkamah dipenjara enam bulan

PULAU PINANG 28 Sept. – Seorang orang kena tuduh (OKT) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas dakwaan meloloskan diri semasa dibawa ke kenderaan polis di Mahkamah Pulau Pinang dua minggu lalu.

Tertuduh, Khairul Nizam Abdullah Sani, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Catherine Nicholas.

Mengikut pertuduhan, Khairul Nizam dengan sengaja lari daripada tahanan polis di pekarangan lokap mahkamah pada 5.30 petang, 6 September lalu.

Dia sebelum ini dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan kes dadah di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Wanita terjatuh dari tingkat 5 Hospital Sultanah Bahiyah

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.