Nufam: Kenapa ambil 2 tahun putuskan kes tak rujuk mahkamah?

Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin berkata, pekerja terjejas yang diberhentikan dalam pelan penstrukturan Malaysia Airlines perlu diberi peluang memperjuangkan hak mereka di mahkamah.

Ismail-Nasaruddin-new

SUBANG JAYA: Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) hari ini mempersoalkan kenapa Kementerian Sumber Manusia mengambil masa 2 tahun untuk memutuskan tidak merujuk kes pemberhentian 3,500 pekerja Malaysia Airlines ke Mahkamah Perusahaan.

Presidennya, Ismail Nasaruddin merujuk kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem yang memberi alasan kurang komunikasi antara kementerian itu, Nufam dan bekas pekerja terbabit.

“Adakah kementerian memaklumkan dan menasihati bekas pekerja ini? Mereka tak dapat surat itu. Tiada maklumat langsung mengenai perkara ini.

“Ia sedih kerana seorang menteri sumber manusia mengambil masa 2 tahun untuk menentukan kes itu tidak dirujuk ke Mahkamah Perusahaan,” katanya pada sidang media hari ini, sambil menambah kes itu difailkan pada 2015.

Pada 21 September lalu, Ismail mempersoalkan Kementerian Sumber Manusia kenapa belum membawa kes pembuangan 3,500 pekerja Malaysia Airlines itu ke Mahkamah Perusahaan.

Katanya, bekas pekerja itu memfailkan kes mereka kepada kementerian lebih 2 tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada sebarang perkembangan.

Pada 1 Jun 2015, Malaysia Airlines mengumumkan pemberhentian 6,000 pekerjanya dalam program penstrukturan semula syarikat. Kira-kira 3,500 daripada merkea bernaung di bawah Nufam.

Riot dilaporkan berkata, beliau tidak menerima sebarang surat berhubung isu itu dan kes berkenaan tidak sepatutnya dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.

Katanya, surat itu mungkin ditujukan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perhubungan Perusahaan, Khalid Jali.

“Juga, selepas perbincangan antara Jabatan Perhubungan Perusahaan dan penasihat undang-undang kementerian, kami memutuskan kes membabitkan bekas pekerja MAS itu tidak patut dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan,” katanya kepada Malaysiakini.

READ ALSO  Polis maut motosikal dirempuh | Kes

Ismail mendakwa Riot sudah memberi jaminan kepada pekerja terjejas yang memfailkan aduan, untuk mendapat representasi.

“Ini ialah pembuangan besar-besaran. Sudah tentu beliau boleh membenarkan 1 atau 2 kes dirujuk (ke Mahkamah Perusahaan). Tetapi, tiada kes yang dirujuk.

“Di manakah keadilan? Anda kata mereka ada hak representasi, tetapi di sini seorang lelaki kata kes itu tidak akan dirujuk.

“Tidak betul untuk kata kes itu tiada asas. Setiap kes mempunyai situasi pembuangan berbeza. Kementerian perlu mempertimbangkan semuanya.

“Mereka mahu bersuara di mahkamah. Ia hanya adil untuk kementerian membenarkan kes itu didengari di mahkamah,” katanya sambil menambah keputusan menteri itu tidak adil dan profesional.

Ismail berkata, kes Malaysia Airlines itu perlu dianggap penting dengan sekurang-kurangnya 1 daripada 3,500 kes perlu difailkan.

“Biar mahkamah tentukan,” katanya sambil menambah, bukan menteri yang boleh membuat keputusan sebelah pihak.

“Kami mendesak menteri mengkaji semula keputusan itu. Sehingga hari ini, tiada surat rasmi (diterima). Saya yakin ada peluang untuk kaji semula. Kami gesa mereka mempertimbangkan semula.”

Ismail berkata, mereka akan meminta untuk menemui menteri itu minggu depan.

“Kami tidak akan membiarkan isu ini terlepas begitu mudah. Kami tidak akan terima ini begitu sahaja.”

Bekas pekerja Malaysia Airlines, S Shashikumar, 43, yang turut hadir dalam sidang media itu berkata, beliau bosan dengan cara kementerian itu melengah-lenghakan isu berkenaan.

Shashikumar yang bekerja sebagai anak kapal selama 20 tahun sebelum diberhentikan berkata, beliau masih berdepan masalah kewangan dan mengendalikan sebuah agensi pengurusan acara dengan bantuan gaji isterinya.

“Mendengar kes ini tidak difailkan menjadikan keadaan lebih sukar buat saya,” katanya.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.