Nicol mara ke final Terbuka Skuasy Netsuite kali pertama








TERKINI

Nicol mara ke final Terbuka Skuasy Netsuite kali pertamaNicol mara ke final Terbuka Skuasy Netsuite kali pertama

30/09/2017 6:04pm

Nicol ketika berdepan Karthik dari India di separuh akhir hari ini. – Foto PSA

KUALA LUMPUR – Impian ikon skuasy negara Datuk Nicol David untuk memenangi gelaran pertama Kejohanan Terbuka Skuasy Netsuite semakin cerah apabila mara ke final selepas mengalahkan Dipika Pallikal Karthik daripada India di San Francisco, Amerika Syarikat pada Jumaat (Sabtu di Malaysia).

Pemain nombor lima dunia itu menumpaskan pemain India itu 11-3, 11-0, 11-5 dalam hanya 22 minit, tanpa memberikan sebarang peluang kepada pemain nombor 21 dunia itu dalam aksi yang berlangsung di Justin Herman Plaza.

“Beliau pemain yang bahaya, jadi saya perlu peka. Rentak permainan saya di gelanggang ini hari ini amat baik, dan saya berasa amat gembira berjaya menang 3-0 dan berpuas hati dapat mengekalkan corak permainan saya hari ini.

“Ini pertama kali saya melangkah ke final di sini, saya berasa amat teruja untuk beraksi di depan penonton yang hebat. Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan esok dan akan memberikan yang terbaik,” kata Nicol yang dipetik berkata demikian oleh laman web rasmi Persatuan Skuasy Profesional (PSA), psaworldtour.com.

Juara dunia lapan kali itu akan bertemu pemain nombor enam dunia daripada England, Sarah-Jane Perry, dalam perlawanan akhir esok, dengan harapan untuk menjulang gelaran kedua PSA Tour tahun ini, selepas menjuarai kejohanan pertama Ciudad de Floridablanca, PSA W70 di Colombia pada Mac, menamatkan kemarau gelaran selepas menjulang gelaran Terbuka Hong Kong pada Disember 2015.

READ ALSO  Pelajar menyusup keluar dibawa ke lokasi kejadian | Kes

Bekas pemain nombor satu dunia itu dan pemain pilihan kedua kejohanan itu melayakkan diri dalam kelompok empat pemain teratas selepas mengalahkan Victoria Lust daripada England, dua hari lepas. – Bernama







Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.