Neelofa, wanita berhijab pertama dilantik jurucakap Lancome


SHAH ALAM 28 Sept.- Pengacara dan pelakon popular, Neelofa mencatat sejarah apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dilantik menjadi jurucakap kepada jenama kosmetik mewah antarabangsa, Lancome.

Neelofa, 28, yang juga duta kepada satu lagi jenama antarabangsa, Swarovski juga merupakan wanita berhijab pertama di dunia yang diangkat untuk menjadi jurucakap kepada jenama kosmetik mewah tersebut.

Jelas pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu, dia sangat berbangga dan tidak menyangka sama sekali akan terpilih untuk menjadi jurucakap kepada Lancome.

“Ini pengalaman yang cukup menakjubkan. Saya pun tak pernah termimpi untuk dilantik sebagai jurucakap kepada Lancome.

“Saya memang peminat dan menggunakan Lancome sejak dulu lagi. Saya tak sabar untuk berkerja dengan Lancome dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita muda di luar sana.

“Alhamdulillah, saya terkejut dan tidak sangka akan dilantik sebagai jurucakap kepada jenama kosmetik bertaraf antarabangsa ini. Rasa bertuah dan bangga diberi peluang ini,” katanya.

Neelofa ditemui dalam majlis pengumuman dia sebagai jurucakap produk tersebut di sini hari ini.

Usahawan yang juga pengasas Naelofar Hijab ini juga bakal bertolak ke Paris untuk memenuhi tuntutannya sebagai duta jenama terkemuka itu. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Posmen 'gembira' | Harian Metro


Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.