Nawaz Sharif ikrar bersih nama dari tuduhan rasuah

ISLAMABAD 26 Sept. – Bekas Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif yang kini berdepan dengan dakwaan rasuah berikrar untuk membersihkan namanya daripada tuduhan tersebut.

Julai lalu, Nawaz yang dilantik sebagai Perdana Menteri Pakistan selama tiga penggal sejak 1990 meletakkan jawatan selepas mahkamah tertinggi negara ini membatalkan kelayakan yang dimilikinya susulan kekayaan ‘luar biasa’ pemimpin itu.

Kekayaan Nawaz dan keluarganya menjadi persoalan apabila kebocoran kertas Panama tahun lepas apabila pendedahan demi pendedahan berhubung kemewahan serta hartanah di London didedahkan.

Nawaz dalam sidang akhbar hari ini mendakwa, beliau tidak diberi peluang untuk menghadapi perbicaraan secara adil.

“Biar pemerintah dan pengamal undang-undang mengikut perlembagaan dan sistem pengadilan dengan betul dan telus. Berikan rakyat hak itu.

“Saya tahu saya tidak bersalah akan terus berjuang untuk memastikan pengadilan buat saya,” katanya. -AFP

READ ALSO  M Centura dijangka habis dijual menjelang akhir tahun


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.