Nasib pekerja KR1M terpulang kepada Mydin – Hamzah








TERKINI

Nasib pekerja KR1M terpulang kepada Mydin – HamzahNasib pekerja KR1M terpulang kepada Mydin – Hamzah

30/09/2017 8:13pm

Gambar fail

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata nasib pekerja Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) bergantung kepada syarikat pengendalinya, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd (Mydin).

“Pekerja KR1M semua di bawah tanggungjawab Mydin dan tiada kena mengena dengan kerajaan. Ini yang ramai orang salah faham,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go (YPGO) anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini, hari ini.

Kontrak Mydin sebagai pengendali KR1M digesa ditarik balik oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Julai lepas kerana didapati menjual produk pada harga jauh lebih tinggi berbanding pasaran.

KR1M mula beroperasi pada 2011 bertujuan menjadi pilihan kepada rakyat berpendapatan rendah namun banyak aduan dilaporkan diterima berkaitan perasaan tidak puas hati berhubung harga dan barangan yang dijual.

“Jadi, bila dia (Mydin) kata dah tak boleh teruskan maka itu keputusan Mydin. Bila dah tutup, terpulanglah kepada Mydin sama ada nak ambil atau tidak (kakitangan),” katanya. – Bernama







READ ALSO  Perbicaraan kes bunuh Jong-nam bermula esok | Nasional

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.