Najib: Putrajaya akan miliki pusat pameran terbesar di Asia Tenggara

Perdana menteri berkata, MyExpo akan merangkumi bangunan setinggi 23 tingkat yang terdiri daripada pusat pameran 5 tingkat dan hotel bertaraf 4 serta 5 bintang yang akan dibina menerusi 2 fasa.

najib-myexpo

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, negara akan memiliki pusat pameran terbesar di rantau Asia Tenggara selepas projek pembinaan Malaysia Exposition and Convention Centre (MyExpo) siap menjelang 2020.

Perdana menteri berkata, MyExpo akan dibina di atas tanah berkeluasan 1.5 juta kaki persegi, bersebelahan Pusat Konvensyen Antarabangasa Putrajaya (PICC).

Katanya, ia akan merangkumi bangunan setinggi 23 tingkat yang terdiri daripada pusat pameran 5 tingkat dan hotel bertaraf 4 serta 5 bintang yang akan dibina menerusi 2 fasa.

Ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah MyExpo hari ini, beliau berkata, MyExpo akan dilengkapi kemudahan berteknologi tinggi dan mampu menampung sehingga 60,000 orang dalam satu-satu masa, untuk muncul sebagai hab perdagangan antarabangsa serta destinasi pelancongan.

“Dengan keadaan semasa negara, kita telah berjaya menarik berjuta-juta pelancong dari luar negara ke Malaysia. Oleh itu, kita perlu meletakkan penanda aras lebih tinggi dan baik pada masa akan datang.

“Saya percaya dan yakin dengan kewujudan MyExpo ini akan menarik lebih ramai pelawat dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Projek MyExpo ini membawa kita kembali kepada visi yang dirangka dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mencipta pelan-pelan pengukuhan ekonomi dianggarkan sebanyak RM1.3 trilion bagi mengangkat Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.”

Dalam perkembangan lain, Najib yang juga pengerusi BN mengingatkan rakyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan segelintir pihak yang cuba memburukkan negara bagi tujuan politik.

“Jangan dengar pihak yang asyik memburukkan negara mereka sendiri untuk kepentingan politik.

READ ALSO  Samsung agresif jalankan kempen model terbaru Galaxy Note8

“Buktinya pihak luar kata kedudukan ekonomi kita berada pada kedudukan kukuh dan baik,” katanya merujuk tindakan pembangkang yang berterusan mengkritik pentadbirannya.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.