Najib dan Rosmah bertemu rakyat Malaysia di AS

Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di Amerika Syarikat.

NajibWASHINGTON DC: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengadakan pertemuan dengan para pelajar dan diaspora Malaysia pada jamuan malam di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Najib dan isteri berada di Washington DC untuk lawatan kerja 3 hari yang bertumpu kepada pertemuan bersama Presiden Donald J. Trump yang dijadual berlangsung di Rumah Putih pada Selasa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri memberi gambaran situasi semasa di Malaysia serta pesanan sempena Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia.

Terdapat kira-kira 28,000 rakyat Malaysia menetap di bandar-bandar seluruh Amerika Syarikat.

Hadir sama pada majlis itu Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Comments

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Comments

READ ALSO  [VIDEO] Bomba Terengganu tingkatkan pemeriksaan

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.