Nafi tumbuk isteri kedua hingga patah tulang | Kes

KUALA LUMPUR: Seorang perunding tuntutan insurans kemalangan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini atas dua pertuduhan menumbuk isteri keduanya sehingga patah tulang rusuk dan mengugut mangsa, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Norzaidi Mohamed, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah kepada Fara Sharmila Mohd Shariff, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan di bahagian rusuk kiri sehingga patah tulang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Jalan Saga 29, Taman Saga, di sini pada jam 7 pagi, 21 September lalu.

Bagi tuduhan mendatang kecederaan, dia dituduh mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Norzaidi juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut isterinya di tempat, masa dan tarikh sama yang didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim.

Norhashimah memohon mahkamah tidak membenarkan jaminan atas alasan mangsa adalah isteri tertuduh.

“Tetapi, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, memohon jaminan dengan jumlah yang tinggi berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa,” katanya.

Peguam Kelvinder Singh Sidhu yang mewakili Mohd Norzaidi memohon supaya anak guamnya dibenarkan bebas dengan jaminan berikutan

perlu menanggung dua isteri, lima anak dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 26 Oktober ini. Tertuduh membayar jaminan.

READ ALSO  Rasuah: 7 ditahan termasuk pegawai perhutanan | Kes


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.