NAFAS Agro Youth Camp 2.0 tarik 1,000 peserta sempena HPPNK 2017








TERKINI

NAFAS Agro Youth Camp 2.0 tarik 1,000 peserta sempena HPPNK 2017NAFAS Agro Youth Camp 2.0 tarik 1,000 peserta sempena HPPNK 2017

22/09/2017 2:33pm

NAFAS Agro Youth Camp 2.0 dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta.

KUALA LUMPUR – Bagi memupuk minat golongan muda dalam bidang pertanian, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) akan meneruskan perkhemahan Nafas Agro Youth Camp sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017.

Pengerusi NAFAS Agroyouth Camp 2.0, Datuk Ahmad Mukhriz Ahmad Fuad berkata, program kali kedua itu bakal disertai oleh 1,000 orang belia dari seluruh negara pada 28 hingga 30 September ini di Taman Tasik Rekreasi Mardi, Serdang, Selangor sebagai salah satu pengisian HPPNK.

Beliau berkata, perkhemahan tersebut menerapkan beberapa elemen iaitu ilmiah, ekonomi, pertandingan dan sukarelawan dengan pelbagai program seperti Seminar Agropreneur Muda dan bicara Transformasi Nasional 2050 (TN50).

“Seramai 1,000 orang belia akan berkhemah di lokasi penganjuran HPPNK 2017 dengan tujuan memupuk minat dalam bidang pertanian. Segala kos penginapan dan makanan peserta adalah percuma”

“Program ini adalah cetusan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tahun lalu dan diteruskan kerana Nafas melihat ia boleh memberi pendedahan bahawa industri pertanian mampu menjana pendapatan tinggi.

“Peserta akan didedahkan tentang bagaimana mereka boleh menyertai dan menyumbang dalam sektor pertanian negara, bantuan dan geran yang disediakan kerajaan serta teknologi baru dalam bidang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Mukhriz berkata, sempena perkhemahan itu, para peserta boleh berkongsi aspirasi dan harapan mereka mengenai pengeluaran makanan negara pada masa akan datang merusi Bicara TN50.

READ ALSO  'Anak dipijak, kemaluan ditusuk raifal' | Nasional

“Bicara TN50 itu akan dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar dan Timbalan Menteri Kewangan merangkap Pengerusi MADA, Datuk Othman Aziz.

“Peserta yang hadir boleh mengutarakan segala pandangan dan aspirasi mereka tentang pengeluaran makanan negara pada masa akan datang. Pandangan mereka sudah tentu akan didengan dan diambil kira dalam TN50,” ujarnya. –







Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.