Mutu udara di Singapura pulih

SINGAPURA 26 Sept. – Paras mutu udara di Singapura berada dalam keadaan selamat selepas sehari para penduduk mengadu terhidu bau terbakar.

Agensi Sekitar Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan termasuk kadar sebatian organik meruap dan loji-loji perindustrian di bahagian timur laut Singapura didapati beroperasi seperti biasa.

NEA menambah ia tidak lagi menerima sebarang aduan mengenai bau itu.

“Siasatan sedang dijalankan. NEA akan terus memantau keadaan dengan rapi,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, penduduk di Sengkang, Buangkok dan Hougang adalah antara yang pertama perasan bau itu seawal 4.30 petang dengan menyifatkannya sebagai plastik terbakar dan seperti minyak petrol.

Bau itu kemudian merebak ke Bishan dan Ang Mo Kio.

Pada sebelah malam semalam, bau itu dikesan di Commonwealth, Bukit Timah dan Holland Village. -Agensi

READ ALSO  Dua penganggur didakwa bunuh kenalan dengan topi keledar

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.