Mohon keberkatan | Harian Metro

SERAMAI 200 penyokong pasukan Kelantan termasuk pemain menunaikan solat hajat berjemaah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam ini.

Solat diadakan untuk memohon keberkatan dalam perjuangan bola sepak Kelantan dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Imam Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Muhammad Hana Pizi Abdullah hadir mengimamkan solat berkenaan.

Turut serta Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan; Timbalan Presiden Datuk Seri Afandi Hamzah dan barisan exco badan induk berkenaan.

Hadir sama, Kelab penyokong bola sepak The Red Warriors (TRW) dan kumpulan gendang kelab penyokong bolasepak Kelantan.

Bibi Ramjani berkata, walaupun pemberitahuan mengenai majlis itu dibuat dalam masa yang singkat, namun sambutan diterima cukup baik.

“Ramai yang hadir dan mendoakan kesejahteraan pasukan Kelantan.

“€œSelain itu, saya juga berharap agar pasukan dapat kekal dalam Liga Super musim hadapan sekali gus dapat kembali gemilangan untuk akan datang,”€ katanya.

Terdahulu, usahawan wanita itu sempat meluangkan masa bersama pemain dan jurulatih bagi meniupkan kata-kata semangat.

Dalam pertemuan itu juga, beliau turut menyerahkan bayaran tunggakan gaji pemain untuk bulan Julai dan Ogos.

READ ALSO  Tiada kesan harimau di Bukit Pelindung - PERHILITAN | Wilayah


Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.