Mkhitaryan ‘spy’ United | Harian Metro

MOSCOW: Kunjungan ke Russia biasanya satu tugasan rumit bagi kelab Inggeris namun Henrikh Mkhitaryan tidak berdepan masalah besar untuk menyesuaikan diri apabila Manchester United bertandang ke CSKA Moscow minggu ini.

Pemain tengah menyerang itu dilahirkan di Yerevan pada Januari 1989 apabila ibu negara Armenia itu masih lagi sebahagian daripada Soviet Union.

Dia fasih bertutur bahasa Russia, legasi peninggalan neneknya dari Moscow dan dia menghabiskan masa empat tahun di bandar raya Ukraine, Donetsk yang bertutur bahasa Russia pertama bersama Metalurg dan kemudian Shakhtar.

“Nenek saya dari Moscow. Saya banyak bertutur bahasa Russia bersamanya di rumah,” kata Mkhitaryan kepada laman web Shakhtar pada 2013.

“Terima kasih kepada nenek saya kerana saya mampu bertutur bahasa itu dengan amat baik, sesuatu yang bagus!”

United berdepan CSKA di Arena VEB dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini, mengintai peluang meneruskan rentak kemenangan selepas menang 3-0 di laman sendiri ke atas FC Basel dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Mkhitaryan, 28, menyumbat gol ketika kunjungan terakhir mereka ke Russia Mac lalu, gol di tempat lawannya di FC Rostov membantu kemenangan 2-1 secara agregat pada pusingan 16 terakhir Liga Europa.

MKHITARYAN (tengah) meraikan jaringan ketika final Liga Europa menentang Ajax musim lalu. – Foto Fail

Bekas pemain Borussia Dortmund itu jelas antara senjata utama United dalam pertandingan itu.

Enam golnya dalam pertandingan itu termasuk satu bagi setiap perlawanan suku akhir menentang Anderlecht dan gol pemusnah menakjubkan pada awal babak kedua yang memastikan kemenangan 2-0 ke atas Ajax pada final di Stockholm.

“Perlawanan terbaik karier saya adalah final Liga Europa musim lalu,” katanya.

READ ALSO  Sekolah dijadikan PPS buka | Harian Metro

“Ia kerana ia adalah trofi Eropah pertama buat saya dan pertama juga bagi mana-mana pemain bola sepak Armenia.

“Tiada siapa dari Armenia berjaya mencapai tahap itu sebelum ini. Untuk bermain pada final pertandingan Eropah dan menjaringkan gol menjadikannya perlawanan terbaik pernah saya bermain.”



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.