Militan Indonesia dipenjara seumur hidup dalangi serangan gereja

JAKARTA 25 Sept. – Seorang anggota militan Indonesia dijatuhi hukuman penjara seumur hidup hari ini kerana mendalangi serangan ke atas sebuah gereja di Samarinda, Kalimantan Timur tahun lepas.

Tertuduh, Juhanda didapati bersalah menyebabkan kematian seorang budak berusia dua tahun selain mencederakan tiga kanak-kanak lain dalam kejadian yang berlaku pada bulan November itu.

“Defendan (Juhanda) telah dibuktikan bersalah di bawah akta keganasan,” kata Hakim Surung Simanjuntak dari Mahkamah Jakarta Timur.

Juhanda sebelum ini ditahan bersama empat lagi suspek yang dipercayai menganggotai Jamaah Ansharut Daulah (JAD) iaitu sebuah kumpulan militan yang menyokong Daesh di Indonesia.

Seorang daripada mereka, Joko Sugito telah dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun manakala tiga lagi tertuduh masing-masing dipenjara antara enam tahun hingga enam tahun lapan bulan susulan kejadian tersebut. -AFP

READ ALSO  Rusia sumbang kelengkapan pertahanan kepada Filipina


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.