Mexico: 14 maut, 8 cedera diserang di pusat pemulihan

MEXICO CITY 28 Sept. – Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan lapan cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat pemulihan dadah di Chihuahua, utara Mexico malam tadi.

Menurut pihak polis, sekumpulan penyerang memasuki kawasan pertemuan keluarga dan melepaskan tembakan terhadap orang ramai yang berada di pusat itu.

Lebih 12 buah kenderaan polis telah dihantar ke pusat berkenaan dan pihak polis sedang menjejaki penyerang berkenaan di kawasan berhampiran. – Bernama

READ ALSO  Kilang kotak rugi hampir RM3 juta dua gudang terbakar


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.