Mercedes catat keputusan terburuk – Wolf

SEPANG 29 Sept. – Bos Mercedes AMG Petronas, Toto Wolf yang menyifatkan keputusan yang dicatat dua pemandu Mercedes, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas sebagai antara yang terburuk pernah dicatatkan pasukan itu.

Wolf jelas kecewa dengan prestasi buruk dua jenteranya dalam sesi latihan bebas pertama dan kedua Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, hari ini.

”Catatan masa mereka sangat teruk. Hari ini, mereka tidak cukup laju.

”Jentera pula gagal mempamerkan persembahan yang bagus dan kelihatan tidak begitu stabil,” katanya dalam sidang akhbar.

Hamilton dan Bottas sekadar melengkapkan aksi mereka dalam kedua-dua sesi tersebut di kedudukan keenam serta ketujuh.

Pada sesi pertama, Hamilton mencatat masa sepusingan 1 minit 51.518 saat dan sesi kedua dia memperbaiki keputusannya dengan lakaran 1:32.677s.

Rakan sepasukan, Bottas pula mencipta masa 1:52.007s dalam sesi pagi, manakala sesi petang pemandu Finland itu mencatat 1:32.720s.

Ketika diminta mengulas mengenai penganjuran terakhir F1 di negara ini, Wolf menzahirkan rasa sedihnya kerana Malaysia merupakan perlumbaan laman sendiri yang kedua buat Mercedes selepas Great Britain.

”Kami memang sedih kerana ini merupakan perlumbaan terakhir di sini. Disebabkan kami mempunyai jalinan kerjasama dengan Petronas, perasaan sedih itu lebih dirasai kerana Malaysia merupakan rumah kedua kami,” ujarnya.

Bercakap tentang masa depan Botttas yang menandatangani penyambungan kontrak selama setahun lagi, Wolf amat berharap pelumba muda itu dapat mempamerkan prestasi yang sepatutnya pada musim depan. – UTUSAN ONLINE


READ ALSO  Daftar pusat tahfiz demi keselamatan | Nasional


Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.