Menteri nafi jualan Mara Digital Mall merosot, jamin sewa kekal

Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan melakukan promosi di media sosial dan papan iklan digital, selain merancang penutupan Jalan Mara pada hujung minggu untuk membantu meningkatkan jualan di Mara Digital Mall.

Seri-Ismail-Sabri-pic

KUALA LUMPUR: Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah hari ini menafikan peniaga di Mara Digital Mall menghadapi masalah kemerosotan jualan dan kadar sewa bakal dinaikkan 5% November ini.

Sebaliknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kadar sewa di Mara Digital Mall dikekalkan dan kerajaan akan berusaha membantu usahawan Bumiputera di pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu.

Katanya, beliau sendiri melawat Mara Digital Mall di ibu negara 2 hari lalu dan menemui peniaga yang kebanyakannya tidak menghadapi masalah dari segi jualan.

“Kedai ustaz sebelum makan tengah hari dah penuh. Tapi mungkin ada satu dua (kedai) jual komputer riba itu kerana dia kekurangan produk. Dari segi pilihan itu tak banyak mungkin.

Seri-Ismail-Sabri-pic1“Saya beritahu peniaga supaya lebih kreatif. Tambahkan dari segi produk mereka supaya banyak pilihan,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat milik agensi di bawah kementeriannya di ibu negara hari ini.

Baru-baru ini, FMT melaporkan beberapa peniaga Mara Digital Mall di Kuala Lumpur mengeluh kadar sewa akan dinaikkan 5% November ini, ketika jualan mereka merosot sehingga 60% berbanding tahun pertama pusat ICT itu beroperasi.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pihaknya akan membantu peniaga Mara Digital Mall meningkatkan jualan mereka dengan melakukan promosi di media sosial dan papan iklan digital.

“Bulan ini pun kita ada 2 lagi program usaha sama dengan Acer. Kita pun tengah bincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

READ ALSO  Pengurus telekomunikasi pecah amanah RM1.3 juta didakwa esok

“Pada dasarnya, Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) dah bersetuju Jalan Mara kita tutup Sabtu dan Ahad supaya kita boleh meriahkan Jalan Mara.

“Di antara Mara dan juga Pertama Complex, hujung minggu kita tutup, meriahkan dengan program anak muda dan sebagainya untuk kita bantu tingkatkan jualan di Mara Digital,” katanya sambil menambah penutupan jalan itu akan dimulakan selepas mendapat surat bertulis DBKL.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan membuka Mara Digital Mall di Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak bulan depan.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.