Mbappe sanjungan peminat | Harian Metro

PARIS: Kylian Mbappe dipuji sekalipun muncul satu-satunya pemain daripada jentera serangan bintang Paris Saint-Germain yang tidak menyumbat gol ketika menang ke atas kelab gergasi Jerman, Bayern Munich pada aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Dani Alves, Edinson Cavani dan Neymar meledak gol ketika PSG menang mudah 3-0 di Parc des Princes untuk mencatat dua kemenangan dalam dua perlawanan Kumpulan B serta mencerahkan peluang layak ke pusingan 16 terakhir.

Namun Mbappe, dengan kepantasan mengagumkan dan kemahirannya, mencipta jaringan menarik buat Cavani bagi menjadikan kedudukan 2-0 sebelum meninggalkan jauh David Alaba apabila dia mencipta gol Neymar pada babak kedua.

“Kylian berkembang dengan baik. Dia mempunyai bakat besar dan keinginan kuat untuk membantu peningkatan pasukan,” kata jurulatih Unai Emery mengenai pemain berusia 18 tahun itu, yang mendapat tepukan gemuruh 45,000 penyokong tuan rumah di ibu negara Perancis itu apabila dia digantikan oleh Angel di Maria pada lewat perlawanan.

“Idea apabila kami mengikatnya adalah dia akan membantu pasukan meningkat dan pasukan ini juga akan membantunya meningkat. Persembahannya sempurna.”

Pemain remaja Perancis itu hanya membuat penampilan kedua di Parc des Princes sejak tiba dari AS Monaco dengan perjanjian pinjaman pada awalnya dan akan menjadi tetap tahun depan dengan harga mencecah 180 juta euro (RM894 juta) termasuk bonus.

Hanya Neymar, dengan tanda harga 222 juta euro (RM1.1 bilion) lebih mahal dalam sejarah perpindahan pemain bola sepak dan di samping Cavani, PSG dilihat mempunyai jentera serangan yang berpotensi memenangi Liga Juara-Juara.

Namun mereka perlu mengekalkan prestasi semasa dan mengelak ketegangan yang mencemari kemenangan terbaru ke atas Lyon, apabila Cavani dan Neymar berbalah mengenai siapa yang akan mengambil sepakan penalti.

READ ALSO  Hazami nafi jilat ludah sendiri

“Harapan terhadap kami terlalu besar, sesuatu yang normal selepas jendela perpindahan,” kata Mbappe. “Ia hanya satu permulaan. Kami mahu memperagakan persembahan bagus menentang pasukan hebat dan kami melakukannya.”



Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.