Mayat warga India ditemui terapung | Kes

SIBU: Mayat seorang lelaki warga India yang dilaporkan terjatuh dari kapal di Sungai Lebaan, Tanjung Kunyit, di sini, Isnin lalu, ditemui terapung di sungai itu, hari ini.

Mangsa, Tawar Nagarjun Keshav, 20, ditemui orang awam di sungai berkenaan pada jam 6 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis yang mengesahkan identiti mangsa pada jam 6.24 petang tadi.

“Identiti mayat berkenaan disahkan selepas rakan sekerja serta majikan mangsa membuat pengecaman.

“Mayat mangsa kini ditempatkan di Hospital Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang bekerja sebagai anak kapal, dilancarkan selepas Balai Bomba dan Penyelamat Sibu menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 3.03 petang, Isnin lalu.

Operasi membabitkan empat anggota bomba, a tiga anggota polis Marin dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

READ ALSO  Sabah gives RM4m for non-Islamic religious bodies, schools

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.