Mayat lelaki ditemui terapung berhampiran Pelabuhan Kota Kinabalu








TERKINI

Mayat lelaki ditemui terapung berhampiran Pelabuhan Kota KinabaluMayat lelaki ditemui terapung berhampiran Pelabuhan Kota Kinabalu

22/09/2017 7:34pm

Mayat ditemui oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis. – Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Satu mayat lelaki yang tidak dikenali ditemui terapung di perairan Pelabuhan Kota Kinabalu, di sini, pagi ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mayat lelaki yang dipercayai berusia lingkungan 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 6 pagi tadi, sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu yang diarahkan ke tempat kejadian menemui mayat mangsa yang berbaju merah dan berseluar pendek biru gelap itu di kawasan berkenaan. Namun, tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai bersama mayat itu.

“Pemeriksaan terhadap mayat itu kemudiannya dijalankan oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu dan mengesahkan mangsa mati dalam tempoh 12 jam sebelum mayat ditemui,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke HQE untuk bedah siasat dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – Bernama







READ ALSO  Ketua hak asasi Filipina dakwa terpaksa tunggu 6 jam di KLIA

Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.