Maut jatuh bangunan parkir | Kes

SEREMBAN: Seorang lelaki terbunuh selepas terjatuh dari tingkat tiga tempat letak kenderaan Perhentian Bas Terminal One di sini, petang tadi.

Difahamkan, dalam kejadian jam 3.20 petang itu, lelaki berusia 54 tahun terbabit mulanya datang bersama anaknya ke perhentian bas berkenaan dengan menaiki sebuah kereta untuk bertemu rakannya.

Mangsa kemudian meminta diturunkan di tingkat tiga bangunan tempat letak kenderaan itu, sementara anaknya mencari ruang untuk meletak kereta mereka.

Jurucakap polis berkata, mangsa dipercayai terjatuh tidak lama kemudian dan ditemui dalam keadaan berlumuran darah di tingkat bawah bangunan berkenaan.

Seorang pemandu bas, Jasri Arshad, 51, yang sedang minum di gerai berhampiran ketika kejadian berlaku, berkata dia terdengar bunyi seperti benda terjatuh yang disangkakan sampah.

“Saya terkejut apabila mendapati ‘benda’ itu bukan sampah, sebaliknya manusia yang terbaring dan tidak sedarkan diri, sebelum menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) di sini untuk bedah siasat dan buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

READ ALSO  Menantu Hamid Apdal ditahan SPRM


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.