Masa depan Woods masih samar

JERSEY, Amerika Syarikat: Tiger Woods menyatakan dia “optimis” mengenai masa depannya dalam sukan golf ketika pada masa sama umum menyedari dia mungkin tidak akan kembali ke pertandingan kompetitif.

Bekas pemain nombor satu dunia dari Amerika Syarikat itu menang kejuaraan utama terakhir daripada 14 gelaran utama pada 2008 dan pemain berusia 41 tahun itu hanya beraksi enam pusingan kompetitif dalam dua tahun terakhir ketika cuba kembali daripada kecederaan belakang.

“Ya, sudah tentu. Saya tidak tahu mengenai masa depan saya,” katanya semalam menjelang pertandingan Piala Presiden apabila ditanya mungkinkah ada senario yang tidak membenarkannya kembali bertanding.

“Saya tidak tahu 100 peratus mengenai kesihatan selepas lapan pembedahan, tapi saya akan cuba sebaik mungkin,” kata Woods.

“Adakah sesiapa di sini berusia 40-an yang berasa mampu melakukan seperti ketika mereka berusia 20-an? Serius. Seperti saya beritahu anda, saya hanya mampu memukul sejauh 60 ela.”

Woods dihujani soalan ketika sidang akhbar bersama tiga penolong kapten Piala Presiden AS dan empat penolong kapten pasukan Antarabangsa, yang kelihatan bosan dengan fokus diberikan terhadap pemain itu.

Ia sidang akhbar pertamanya sejak dia ditahan berdekatan rumahnya di Florida Mei lalu dengan dakwaan memandu di bawah pengaruh dadah.

Laporan toksikologi mendedahkan dia mempunyai beberapa preskripsi dadah dalam badannya ketika itu.

READ ALSO  Ministry eyes direct durian exports to China


Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.