Mangsa banjir di Kedah tinggal 651 orang








TERKINI

Mangsa banjir di Kedah tinggal 651 orangMangsa banjir di Kedah tinggal 651 orang

26/09/2017 9:16pm

Gambar fail

ALOR SETAR – Situasi banjir di negeri ini semakin pulih apabila hanya terdapat seramai 651 mangsa daripada 192 keluarga yang masih ditempatkan di enam pusat pemindahan sehingga pukul 8 malam ini.

Jumlah itu menunjukkan penurunan ketara mangsa banjir berbanding pada waktu pagi yang merekodkan seramai 1,991 mangsa daripada 560 keluarga di 19 pusat pemindahan.

Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah, enam pusat pemindahan yang masih dibuka melibatkan empat di daerah ini dan masing-masing satu di daerah Kubang Pasu dan Pendang dekat sini.

“Empat pusat pemindahan di Alor Setar adalah di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak, Dewan Wawasan Kampung Kelompang, Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung dan Kampung Tok Pauh.

“Pusat pemindahan yang dibuka di Kubang Pasu dan Pendang adalah masing-masing di SK Kodiang Lama dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah,” katanya. –







READ ALSO  PPHPTBT tampung keperluan mendesak pesakit buah pinggang


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.