Mangsa banjir di Kedah kini 3,439

JUMLAH mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 3,439 orang hari ini, ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah mangsa dipindahkan meningkat berikutan air dari hulu yang mengalir bertembung dengan air pasang besar.

Kesemua mangsa daripada 1,014 keluarga itu ditempatkan di 22 pusat pemindahan berbanding 21 pusat yang dibuka sebelum ini dan daripada jumlah itu, lapan pusat masing-masing dibuka di daerah Kota Setar serta Kubang Pasu.

Antaranya ialah Pusat Pemindahan (PP) Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Alor Setar membabitkan 301 orang mangsa, PP SK Seri Gunung (135), PP SK Alor Mengkudu (106), PP Dewan Taman Sri Bagan (97), PP Surau Assyakirin, Kepala Batas (78), PP SK Bukit Pinang (71), PP Dewan Wawasan Kampung Kelompang (39) dan PP Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perak seramai 13 orang.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Kubang Pasu ditempatkan di PP Dewan Lubuk Batu (512), PP SMK Mahawangsa (509), PP Dewan Kubur Siam (303), PP Dewan Tokong Cina (167), PP Dewan Kampung Lahar (64), PP Dewan Manggol Malau (54), PP SK Kodiang Lama (41) dan PP SK Jitra 2 seramai 19 orang mangsa.

Di daerah Pokok Sena, lima pusat pemindahan menempatkan mangsa banjir ialah di PP SK Bukit Hijau dengan 435 orang mangsa, PP Madrasah Maahad Tarbiyah (113), PP Dewan Lubuk Keriang (60), PP Dewan Kampung Permatang Limau (35) dan PP Surau Kampung Menerong dengan 18 orang mangsa.

Sementara itu, 269 orang mangsa daripada 74 keluarga ditempatkan di PP Dewan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang.

READ ALSO  Jatuh cinta tulisan tok guru

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.