Makcik Petir sudah sedar daripada koma

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Dramatis Noryati Taib, 59, atau sinonim dengan panggilan Makcik Petir telah sedar daripada koma, kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi.

Menurut anaknya, Faizul Hafiz Hashim, 32, walaupun ibunya sudah sedar dan memberi reaksi kepada orang sekeliling, namun keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

“Memang emak dah sedar dan buka mata pada pukul 12.45 tengah hari tadi tapi masih mamai lagi. Emak perlu mendapatkan perhatian yang lebih rapi.

“Emak dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam selepas mengadu sakit kerana seminggu sebelum ini emak baru menjalani pembedahan kerana komplikasi penyakit kencing manis. Bila doktor sahkan dia boleh keluar dari hospital, kami bawa balik rumah dan dia kemudian mengadu sakit semula.

“Biasalah bila badan sudah banyak ubat dan kena bius menyebabkan kandungan air dalam badan banyak menyebabkan berlakunya jangkitan paru-paru,” jelas Faizul Hafiz kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Makcik Petir kini dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan doktor sedang berusaha untuk memulihkan beliau daripada jangkitan paru-paru yang dihadapinya.

“Sekarang keadaan kritikal ibu disebabkan oleh jangkitan paru-paru dan penyakit kencing manisnya setakat ini tidak ada masalah selepas pembedahan. Apa-apa pun kami sekeluarga bersyukur kerana ibu kembali sedar,” kata anak ketiga Noryati itu lagi.

Faizul Hafiz turut memberitahu, ibunya sudah lama disahkan menghidap penyakit kencing manis dan setiap kali berada di set penggambaran, kru-kru sering mengingatkan ibunya supaya mengelak daripada mengambil minuman bergula.

“Kru-kru selalu pesan Mak Uda (Noryati) jangan minum manis dan emak memang kawal bab itu, tapi siapa sangka luka di kaki sebelah kiri yang kita ingat sudah pulih rupa-rupanya baik luaran sahaja. Itu yang dia perlu menjalani pembedahan sebelum ini,” katanya yang pernah berlakon bersama ibunya dalam drama Tari Kirana dan Sinderella.

READ ALSO  Hari terakhir hantar anak | Harian Metro

Kata Faizul Hafiz, drama terakhir lakonan ibunya adalah Menantu Malam dan keadaan kesihatan ibunya menjadi kurang memuaskan selepas sambutan Aidilfitri pada Jun lalu. – UTUSAN ONLINE

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.