Makanan segera punca buah dada lelaki membesar

Xiao Yang tidak dapat keluar rumah kerana tumbesaran pada buah dadanya yang menyerupai seperti fizikal tubuh wanita.

Xiao-Yangfmt-ohsem-inside-article1Remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun itu tidak dapat menerima perubahan fizikal yang berlaku pada dirinya sejak 6 tahun lalu kerana dadanya semakin hari semakin membesar.

Dia bingung dan runsing kerana merasakan sesuatu yang tidak kena berlaku pada dirinya, berfikir mungkin berdepan masalah kesihatan yang membahayakan.

Pada satu masa, remaja lelaki bernama Xiao Yang tidak dapat keluar rumah kerana tumbesaran salah satu buah dadanya menyerupai seperti buah dada wanita.

“Saya menjadi bahan ejekan kawan di sekolah, lebih lagi apabila terpaksa membuka baju semasa mandi di kolam renang,” ujar Yang.

Perubahan itu berlaku sejak usianya menginjak 13 tahun tetapi hanya berlaku pada buah dada sebelah kanan.

Dia dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk pemeriksaan, namun pihak hospital gagal menemui jawapan mahupun penyelesaian.

Selepas mendapatkan pemeriksaan di beberapa hospital lain, akhirnya sekumpulan doktor di Hospital Pusat Wenzhou bertekad melakukan pembedahan mengecilkan saiz sebelah buah dada remaja lelaki itu.

Mereka menyifatkannya sebagai masalah ketidakseimbangan hormon.

Bagaimanapun, selepas kajian mendalam, pakar perubatan, Dr. Pan Zhongliang membongkar masalah di sebalik tumbesaran yang dialami Yang.

Rawatan B-scan ultrasonography, mendedahkan kelenjar susu pada buah dada Yang membesar dan saiznya menjadi tidak normal bagi seorang lelaki.

Zhongliang berkata, ketidakseimbangan hormon itu dikenali sebagai ginekomastia iaitu perkembangan kelenjar susu berlebihan pada lelaki yang dipengaruhi hormon.

Dia mengharungi pembedahan mastectomy untuk mengecilkan buah dada dan menjadikan ia sama saiz dengan buah dada di sebelah kiri membentuk buah dada baharu yang normal.

Bagaimanapun, kajian saintifik Zhongliang, mendedahkan ginekomastia berpunca daripada amalan memakan makanan segera dan makanan proses yang dicampur dengan bahan kimia tertentu.

READ ALSO  6 terperangkap dalam kenderaan akibat banjir | Kes

“Saya percaya, tabiat mengambil makanan segera menyumbang faktor utama terhadap masalah ginekomastia terhadap golongan lelaki,” jelas Zhongliang petik Daily Mail.

The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.

Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.