Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di 12 negeri | Kes

SHAH ALAM: Kerajaan akan mewujudkan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di 12 negeri lagi, secara berperingkat selepas penubuhan institusi itu di Putrajaya, Jun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata penubuhan mahkamah terbabit akan membabitkan empat fasa iaitu fasa pertama membabitkan Selangor, Sarawak dan Johor.

“Fasa kedua membabitkan negeri Kelantan, Pahang, Kedah dan Perlis (disekalikan); fasa ketiga disertai Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka serta fasa keempat adalah Sabah, Perak dan Terengganu.

“Sejak ditubuhkan pada 22 Jun hingga 27 September 2017, sebanyak 303 kes didaftar di Mahkamah itu dan sebanyak 255 atau 84 peratus kes sudah dilupuskan dalam tempoh tiga bulan.

“Kejayaan berkenaan turut membuktikan mahkamah berkenaan mencapai objektif dan menyelesaikan kes secara berkesan dalam tempoh kurang 12 bulan,” katanya pada sidang media selepas Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak Negeri Selangor 2017, di Intekma Resort di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar serta Yang Dipertua Badan Amal dan Kasih Negeri Selangor (KASIH), Puan Sri Dr Aishah Salleh.

READ ALSO  'Hang ingat hang tera?!'

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.