Mahadzir Lokman sudah lancar bercakap








TERKINI

Mahadzir Lokman sudah lancar bercakapMahadzir Lokman sudah lancar bercakap

28/09/2017 11:54pm


Mahadzir Lokman

KUALA LUMPUR – Sejak sedar daripada koma semalam, tahap kesihatan personaliti televisyen popular, Datuk Mahadzir Lokman menunjukkan perkembangan baik apabila sudah lancar bercakap.

Menerusi kiriman suara WhatsApp yang diberikan kepada Kosmo! sebentar tadi, Mahadzir, 60, memberitahu kesihatannya kembali pulih seperti sedia kala.

“Terima kasih kepada semua yang telah mendoakan saya supaya cepat sembuh. Alhamdulillah, sekarang kesihatan saya telah beransur pulih dan sudah berselera untuk makan.

“Saya hargai doa-doa yang anda semua titipkan buat saya,” katanya.

Semalam, personaliti tersebut sudah sedarkan diri selepas koma selama dua hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Ahad lalu, Mahadzir dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya oleh ahli keluarga beliau selepas dua hari pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja. –







READ ALSO  OKT lolos dari mahkamah dipenjara enam bulan

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.