Mahadzir Lokman sedar dari koma, sudah boleh bercakap








TERKINI

Mahadzir Lokman sedar dari koma, sudah boleh bercakapMahadzir Lokman sedar dari koma, sudah boleh bercakap

27/09/2017 4:11pm


Mahadzir

KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan personaliti televisyen, Datuk Mahadzir Lokman menunjukkan perkembangan positif apabila sudah boleh bercakap.

Menurut adiknya, Daniel Lokman, ayat pertama yang keluar dari mulut personaliti berusia 60 tahun itu adalah ungkapan “sesiapa tolong bawa jubah tidur dan berus gigi saya ke hospital.”

“Alhamdulillah, abang saya telah sedar dari koma dan menunjukkan perkembangan positif pada hari ini apabila sudah boleh bercakap.

“Namun, keadaannya masih di bawah pemantauan doktor yang menjaganya,” katanya menerusi satu kiriman WhatsApp kepada Kosmo! sebentar tadi. –







READ ALSO  Vettel mula dari petak belakang

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.