Mahadzir Lokman kritikal tetapi stabil

PETALING JAYA  24 SEPT. –  Pengacara  terkenal, Datuk Mahadzir Lokman , 60, yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini masih kritikal namun stabil.

Menurut jurucakap keluarga Mahadzir, pada masa ini doktor sedang melakukan pemantauan yang rapi terhadap bapa saudaranya itu.

Kata jurucakap itu, keadaan jantung bapa saudaranya juga agak lemah dan doktor sedang berusaha mengenal pasti punca yang menyebabkan punca penyakit bekas pembaca berita stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 itu.

Mahadzir yang juga dikenali sebagai Dale dikejarkan ke PPUM pada pukul 10 pagi tadi selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di sini.

Utusan Online serta beberapa wakil media lain yang berada di sini bagaimanapun tidak dibenarkan menziarahi Mahadzir.   – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Pelaburan KWSP di AS satu strategi global | Nasional


Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.