Mahadzir Lokman buka mata ketika disapa ahli keluarga

KUALA LUMPUR 26 Sept. – Pengacara terkenal, Datuk Mahadzir Lokman yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menunjukkan perkembangan positif selepas disapa oleh ahli keluarganya kira-kira sejam lalu.

Mahadzir secara spontan membuka matanya ketika disapa oleh adiknya, Ida Lokman.

Menurut Ida, ketika dibisikkan ke telinga abangnya mengenai kiriman doa yang dititipkan oleh keluarga dan rakan-rakannya, Mahadzir juga menunjukkan reaksi yang positif.

“Alhamdulillah Abang Dale (panggilan buat Mahadzir) memberikan respons ketika saya menyentuh tangannya dan membisikkan ke telinganya doa dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh semua yang mengenalinya.

“Perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Abang Dale tadi disambut oleh kesyukuran oleh kami adik-beradiknya. Terima kasih atas doa dan ucapan semangat yang diberikan oleh semua kenalannya, kami ahli keluarga sangat-sangat menghargainya,” kata Ida kepada Utusan Online ketika dihubungi sebentar tadi.

Pengacara ternama negara yang berusia 60 tahun itu kini dipantau oleh doktor di ICU PPUM selepas tidak sedarkan diri pada pagi Ahad lalu. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Varane kekal di Madrid hingga 2022 | Bola

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.