Lukaku mengamuk di Moscow | Bola

MOSCOW: Romelu Lukaku dan Anthony Martial membantu pasukannya membenam CSKA Moscow, ketika Manchester United menguasai Kumpulan A, Liga Juara-Juara dengan kemenangan 4-1, awal pagi tadi.

Lukaku menjaringkan dua gol (minit ke-4 dan ke-27) di VEB Arena, Moscow seterusnya mengumpul 10 gol dalam sembilan perlawanan buat United.

Martial pula dua kali membantu Lukaku serta menjaringkan penalti pada minit ke-19, sebelum Henrikh Mkhitaryan melengkapkan kemenangan di babak kedua (minit ke-57).

PENYERANG United, Romelu Lukaku ketika menjaringkan gol ketiga pasukan pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara bertemu CSKA Moscow. – Foto AFP

Ia adalah kemenangan pertama United di tempat lawan dalam kejohanan itu sejak November 2013.

Ketika Basel membelasah Benfica dalam kumpulan sama, ia memberikan skuad kendalian Jose Mourinho tiga mata penuh untuk menghuni kedudukan teratas kumpulan A.

“Kami bermula dengan sangat baik. Kami mengejutkan mereka,” kata Mourinho. “Disebabkan kami, mereka tidak nampak bagus seperti mana yang sebenar.

ANTHONY Martial menyempurnakan sepakan penalti ketika membantu United menewaskan CSKA Moscow pada aksi Kumpulan A Liga Juara-Juara. – Foto EPA

“Lukaku memiliki rekod yang hebat. Kami tahu dia adalah pemain yang sangat bagus yang boleh menjaringkan banyak gol. Dia dikelilingi pemain berkualiti.

“Kami berada dalam posisi yang bagus berbaki empat perlawanan,” kata pengendali dari Portugal ini.

Selepas menang 1-0 di Southampton dalam saingan Liga Perdana Inggeris pada Sabtu lalu, United kembali mendapatkan gaya permainan terbaik di ibu kota Russia.

GOL keempat United hasil jaringan Henrikh Mkhitaryan (kiri). – Foto Reuters

Kepantasan dan pergerakan pasangan penyerang baharu – Lukaku dan Martial membuatkan CSKA pening kepala sepanjang perlawanan berkenaan.

READ ALSO  Mahu berlakon dengan Nabila | Harian Metro

Tuan rumah hanya meraih gol sagu hati menerusi jaringan Kuchaev pada minit terakhir perlawanan. – AFP



Bahagian pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.