Lori, treler depan kilang musnah terbakar | Kes

SHAH ALAM: Tujuh lori 10 tan dan dua treler musnah dalam satu kebakaran di sebuah kilang kotak, di Jalan Bukit Kemuning, Bukit Kemuning, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran kira-kira jam 12.50 tengah malam itu.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Alimaddia Bukri, berkata jentera pertama tiba pada jam 1.07 pagi dan mendapati ada beberapa lori sedang terbakar di kawasan terbuka di luar pagar kilang kotak itu.

“Ketika jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam tiba, api sedang marak.

“Maklumat awal mendapati lori berkenaan yang berdinding kanvas serta treler penuh berisi kotak.

“Api berjaya dikawal pada jam 2.33 dan padam sepenuhnya kira-kira jam 5 pagi,” katanya.

Alimaddia berkata, punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.

READ ALSO  Tunggu laporan warga asing huni kuarters guru | Kes

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.