London tamatkan operasi Uber | Harian Metro

ISU keselamatan awam dan ancaman menjadi sebab pihak berkuasa pengangkutan London untuk tidak membenarkan Uber terus beroperasi di bandar raya itu selepas lesen syarikat berkenaan tamat pada 30 September ini.

Transport for London (TfL) hari ini, mengeluarkan kenyataan ia tidak menyambung lesen operasi syarikat berkenaan namun Uber mempunyai masa 21 hari untuk mengemukakan rayuan.

Menurut TfL, cara Uber beroperasi menimbulkan kebimbangan dan memutuskan Uber London Limited tidak layak dan tidak sesuai diberi lesen perniagaan sewa persendirian.

Uber mempunyai kira-kira 40,000 pemandu di London, dengan 3.5 juta pelanggan.

Menurut kenyataan TfL, pendekatan dan cara operasi Uber menunjukkan kurang tanggungjawab korporat berikutan sejumlah isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan awam dan masalah keselamatan lain.

Antaranya, menurut TfL, cara Uber melaporkan jenayah serius dan keperluan memeriksa rekod jenayah pemandunya.

London mengikuti bandar raya lain, termasuk New Delhi, Mumbai dan Cape Town tidak memberi lesen kepada Uber.

Uber dalam kenyataan balasnya berkata, keputusan itu menunjukkan London yang sepatutnya matang dan terbuka, sebenarnya ‘tertutup’ untuk syarikat yang mempunyai inovasi serta menyekat pilihan pelanggan.

Pelbagai isu menjejaskan imej Uber di London, termasuk ramai pemandunya melakukan jenayah rogol serta serangan seksual dan seorang pemandunya menggunakan kenderaan berdaftar dengan Uber dalam serangan terhadap Istana Buckingham.

READ ALSO  Militan Malaysia paling dikehendaki masih bersembunyi di Marawi, kata polis

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan tujuan kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah menyumbang sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.