Litrak ambil langkah keselamatan

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) komited mengambil langkah keselamatan terhadap pengurusan trafik dan tindakan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kemalangan di lebuh raya kendaliannya.

SHAH RIZAL MOHAMED FAWZI

Ketua Jabatan Komunikasinya, Shah Rizal Mohamed Fawzi berkata, tindakan itu adalah wajar berdasarkan kepada skop dan had kuasa yang dibenarkan daripada aspek tindakan pencegahan dan proses menyelamat.

“Ini termasuk melalui tindakan responsif ‘Emergency Response Team Litrak’ di lokasi dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

“Dalam kejadian itu, pihaknya turut mengaktifkan beberapa pengurusan lencongan trafik di beberapa lokasi strategik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian kemalangan maut di kilometer 22.7 di Pusar Bandar Puchong arah Selatan, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang melibatkan dua buah kenderaan kira-kira pukul 6.56 pagi hari ini.

Kesan daripada kemalangan itu mengakibatkan kesesakan trafik yang luar biasa dari arah SS2, di Jalan Klang Lama dan Bukit Jalil menghala Pusat Bandar Puchong. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  'Nasihat baginda tersemat di hati'

Bahagian pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.