Lima individu termasuk dua wanita ditahan polis terlibat kegiatan judi loteri awam haram








TERKINI

Lima individu termasuk dua wanita ditahan polis terlibat kegiatan judi loteri awam haram Lima individu termasuk dua wanita ditahan polis terlibat kegiatan judi loteri awam haram

27/09/2017 10:33am

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF



Lima individu termasuk dua wanita ditahan polis disyaki terlibat kegiatan perjudian loteri awam haram.

KOTA KINABALU – Lima individu termasuk dua wanita ditahan polis kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian loteri awam haram dalam satu operasi berasingan di beberapa kawasan di sini semalam.

Dalam serbuan Ops Dadu Khas pada pukul 3 petang itu, anggota pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu telah menangkap lima individu terbabit yang berusia antara 18 hingga 41 tahun.

Operasi khas membanteras elemen perjudian berkenaan tertumpu di kawasan bandar raya Kota Kinabalu , Menggatal dan Inanam dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, berpandukan maklumat daripada orang awam Ops Dadu Khas menyerbu empat lokasi yang dikatakan ‘lubuk’ kegiatan judi loteri awam.

“Hasil tiga serbuan di Pekan Inanam dan Pekan Menggatal, kami berjaya menangkap dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ini.

“Sementara itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Kampung Air pada pukul 4.25 petang, hari yang sama,” katanya hari ini.

Tambah Chandra, hasil pemeriksaan pihaknya turut merampas beberapa barangan seperti wang tunai RM2,546, tujuh unit telefon bimbit dan sembilan keping kertas bertulis angka pertaruhan loteri haram.

READ ALSO  Budak dua tahun maut disengat tebuan

Kes disiasat di bawah Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. –







Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.