Letupan gudang senjata: 2 cedera, 30 ribu dipindahkan

KIEV 27 Sept. – Sekurang-kurang dua wanita cedera dan hampir 30,000 lagi dipindahkan selepas beberapa letupan berlaku meranapkan sebuah gudang penyimpanan senjata tentera di Kalynivka, bahagian tengah Ukraine.

Lebih 700 anggota penyelamat, pakar penghapus periuk api, anggota bomba dan petugas perubatan bertungkus lumus membantu mangsa di tempat kejadian.

Perdana Menteri Ukraine, Volodymyr Groysman yang tiba di bandar Vinnytsya berhampiran tempat kejadian mengumumkan peruntukan kerajaan bernilai AS$3.8 juta (RM16 juta) bagi membantu mangsa. – Bernama

READ ALSO  Sivarasa: My staff were set up

Sektor pelancongan negara merupakan salah satu seksyen yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi nusantara. Kerajaan pada ketika itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 1970.