Lembaga Siasatan TLDM siasat kematian 2 anggota








TERKINI

Lembaga Siasatan TLDM siasat kematian 2 anggotaLembaga Siasatan TLDM siasat kematian 2 anggota

30/09/2017 9:24am

Oleh IKHWAN IDERIS


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi meneliti kes kematian dua anggotanya, Laskar Kanan Mohd. Baihaqy Nik Mat, 28 dan Laskar Kanan Muhammad Lailatulman Mohd. Sukry, 26 petang semalam.

Mohd. Baihaqy dan Muhammad Lailatulman meninggal dunia di Bilik Tahanan Unit Sg. Wangi, Sitiawan selepas mengadu kepenatan ketika menjalani latihan fizikal.

TLDM dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, punca kematian masih dalam siasatan pihak polis TLDM akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua anggota tersebut telah mengadu kepenatan seterusnya direhatkan serta dimasukkan ke dalam bilik tahanan.

“Mereka mengalami muntah, keletihan dan sesak nafas serta diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

“Pemeriksaan awal doktor bertugas tidak menemui sebarang kesan pukulan atau penderaan fizikal namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian tersebut,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Lembaga Siasatan akan meneliti SOP sedia ada dan sekiranya terdapat pelanggaran terhadap SOP tersebut.

“TLDM tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yang melanggar prosedur semasa melaksanakan tugas,” katanya. –







READ ALSO  Nelayan dinasihat pakai jaket keselamatan | Nasional


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi negara. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum memainkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.