Lelaki Pakistan ditemui bergari atas balkoni rumah kedai








TERKINI

Lelaki Pakistan ditemui bergari atas balkoni rumah kedaiLelaki Pakistan ditemui bergari atas balkoni rumah kedai

13/09/2017 6:01pm


Lelaki warga Pakistan yang ditemui atas balkoni sebuah rumah kedai.

SHAH ALAM – Seorang lelaki warga Pakistan ditemui dengan keadaan kedua-dua tangannya digari di atas balkoni sebuah rumah kedai di Seksyen 22 , Taman TTDI Jaya, di sini awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superitenden Nek Zaidi Zakaria berkata. lelaki yang berumur 40 tahun itu dipercayai dilarikan tiga lelaki, termasuk seorang lelaki warga Arab, dari rumah mangsa di Klang kira-kira pukul 8 malam tadi, sebelum meninggalkan mangsa seorang diri di balkoni rumah kedai berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan seorang peniaga gagal membayar hutang berjumlah RM100,000 kepada rakan kongsinya.

“Disebabkan itu, rakan kongsi mangsa dikatakan bertindak menggari dan membiarkan mangsa di balkoni sebelum dia diselamatkan kira-kira 6.30 pagi tadi selepas kelibatnya disedari orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nek Zaidi berkata, pihak bomba dari balai Kota Anggerik di sini, terpaksa menggunakan tangga untuk menurunkan lelaki itu sebelum menyerahkannya kepada polis.

Katanya polis sedang berusaha mengesan kesemua suspek terbabit. – Bernama







READ ALSO  800 pesawah lega, JPS perkenal inovasi pintu air atasi masalah pengairan


Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi Malaysia. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman komunis. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan Indonesia turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.