Lelaki maut kereta bertembung lori

KOTA TINGGI 25 Sept. – Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer (KM) 37, Jalan Johor Bahru-Mersing petang ini.

Mohd. Izmain Sardi

Mohd. Izmain Sardi


Dalam kejadian kira-kira pukul 2 itu, Mohd. Izmain Sardi, 31, maut di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintenden Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa cuba mengelak sebuah kenderaan yang ingin membelok ke simpang di sebelah kiri jalan.

“Tindakan mangsa mengelak kenderaan tersebut menyebabkannya memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Perlanggaran tersebut menyebabkan mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

READ ALSO  Fitri kesal Pakistan main kasar

Sektor pelancongan nusantara merupakan salah satu sektor yang penting dalam ekonomi negara. Sehingga saat ini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan Malaysia, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, penyebab ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan fokus kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 60-an, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.