Lelaki maut kereta bertembung lori | Kes

KOTA TINGGI: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya bertembung sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 37 Jalan Johor Bahru-Mersing, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Mohd Izmain Sardi, 31, yang memandu Perodua Viva, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Mohamed Sazif Mohamed Subri, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dari arah Johor Bahru cuba mengelak sebuah kenderaan yang masuk simpang di sebelah kiri jalan menyebabkannya memasuki haluan bertentangan.

“Berikutan itu, kereta mangsa bertembung dengan lori jenis Hino yang datang dari arah Mersing menghala ke Johor Bahru.

“Bagaimanapun, pemandu lori hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan pada badan,” katanya.

Mohamed Sazif berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kerana gagal mengawal kenderaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi, Mohd Rafi Mohd Nor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.54 petang sebelum menggerakkan tujuh anggota ke tempat kejadian.

READ ALSO  Apa kau buat tu Shahrom?

Bahagian pelancongan negara merupakan salah satu sektor yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, sektor pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan memberikan sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Pun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia serta merta melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era masa 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang penting terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. Kerajaan pada masa itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil alam tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.