Lelaki hina Almarhum Sultan Kedah dicekup polis








TERKINI

Lelaki hina Almarhum Sultan Kedah dicekup polisLelaki hina Almarhum Sultan Kedah dicekup polis

13/09/2017 7:32pm

Status yang dipercayai dimuat naik oleh lelaki tersebut yang menghina kemangkatan Sultan Kedah baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan polis awal pagi ini kerana disyaki memuat naik posting berunsur penghinaan berhubung kemangkatan Almarhum Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek berumur 21 tahun itu ditahan di rumahnya di Genting Highlands, Pahang.

Beliau berkata turut dirampas daripada suspek adalah seunit telefon bimbit jenis Iphone 7 plus dan seunit komputer riba jenis MSI Gaming G Series.

“Suspek ketika ini direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, polis masih mengesan seorang lagi lelaki yang didapati memuat naik posting berunsur penghinaan dalam kes yang sama.

“Kedua-dua kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan saya ingin menasihatkan kepada rakyat agar bertanggungjawab dan berfikirlah sebelum membuat sesuatu.

“Jangan sesekali menyalahgunakan laman sosial untuk membuat sebarang komen yang dilihat sebagai biadap, kurang ajar atau penghinaan terhadap sesiapa terutamanya terhadap institusi raja serta pemimpin-pemimpin negara,” katanya.

Beliau berkata tindakan tidak bermoral seperti ini dikhuatiri mampu mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat, selain mengganggu-gugat keamanan serta ketenteraman negara ini.

Acryl Sani berkata penulisan komen yang tidak sepatutnya di laman sosial juga merupakan kesalahan dan memungkinkan satu tindakan undang-undang diambil terhadap si pelaku.

READ ALSO  Lang Merah hampiri empat terakhir

Baru-baru ini, dua lelaki disyaki menghina berhubung kemangkatan Sultan Kedah di media sosial dan ini menimbulkan kemarahan netizen. – Bernama









Sektor pelancongan Malaysia merupakan salah satu seksyen yang utama dalam ekonomi Malaysia. Sehingga kini, seksyen pelancongan merupakan sektor kelima terbesar negara selepas sektor perkhidmatan kewangan, kelapa sawit, borong dan runcit, gas dan tenaga, dan petroleum dengan menyumbang sebanyak RM36.9 bilion kepada Keluaran Negara Kasar (KNK).

Namun begitu pada peringkat awal selepas pasca kemerdekaan negara, kerajaan tidak memberi penekanan terhadap sektor pelancongan. Kerajaan pada ketika itu lebih memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur negara dan melawan ancaman communism. Selain itu, faktor ancaman dari luar seperti konfrantasi dengan negara jiran turut menjejaskan rencana kerajaan pada ketika itu. Ia sekaligus melambatkan pekembangan sektor pelancongan di Malaysia.

Pada era tahun 1960, sektor pelancongan masih belum mewujudkan peranan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara. Kerajaan pada waktu itu memberi tumpuan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah. Sektor hasil bumi tersebut telah memberikan sebanyak 45% kepada keluaran Negara kasar (KNK) pada tahun 70-an.

LinQueue
Berita dan tajuk-tajuk utama, analisis, gambar, dan video tentang politik di Malaysia dan banyak lagi. Kini masa untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan negara.